Selamat Datang
Assalamualaikum warahmatullahitaalawabarokatuh, Portal ini bertujuan untuk memberi informasi dan ulasan mengenai Surau Al-Firdaus Saujana Damansara yang dalam perancangan pembinaan tidak lama lagi , Insyaallah. Syukur kehadrat Illahi kerana kami telah mendapat kelulusan pembinaan daripada pihak Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS). Oleh yang demikian, langkah seterusnya adalah untuk mengumpulkan dana kewangan sebanyak RM 1 juta bagi mendirikan sebuah surau diatas tapak yang telah diberi oleh pemaju seluas 0.4 ekar.
Sasaran kami adalah untuk membina sebuah bangunan surau 2 tingkat yang boleh memuatkan seramai 700 orang dalam satu masa. Dimana aras satu(bawah) akan dijadikan sebagai ruang solat muslimin dan muslimat,tempat khutbah, bilik mandi jenazah,tempat wudhuk, tandas, stor dan dapur. Manakala aras dua(atas) ‘mezzanine’ akan dimuatkan dengan ruang solat, dewan serbaguna, bilik komputer, bilik bacaan dan bilik kelas mengaji Al-Quran dan fardu ain yang amat menjadi keperluan pada penduduk di sini. Antara lain sasaran surau Al-Firdaus ini dibina adalah untuk memberikan kemudahan para muslimin dan muslimat yang dianggarkan seramai 6 ribu orang yang tinggal di rumah teres Saujana Damansara (800 unit), apartment rumah kedai Saujana Damansara (800 unit), termasuk penduduk-penduduk berhampiran di Apartment Harmoni (2400 unit), Apartment Suria (800 unit) dan Apartment Vista (1800 unit) yang tidak mempunyai surau berdekatan dan jarak dengan masjid yang berdekatan adalah sejauh 3 kilometer.
Ini termasuk memudahkan kaum ibu dan warga tua untuk bersama-sama hadir berjemaah beribadah khusus disamping program-program ilmu yang bermanfaat yang akan diadakan kelak. Kami amat mengharapkan sumbangan dari semua dan menghargai segala sumbangan yang akan diberikan dalam menjayakan pembinaan surau Al-Firdaus ini. Hanya Allah SWT sahaja yang dapat membalas segala amal kebajikan yang tuan puan berikan.













